Wednesday 8 August 2012

..Hebatnya Seorang WANITA

Bismillaah...

Wanita perlu taat kepada suami. Tapi tahukah, bahwa lelaki wajib taat kepada Ibunya tiga kali lebih utama dari pada ayahnya.

Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki.
Tapi tahukah bahawa harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara apabila Lelaki menerima warisan, dia perlu/wajib juga menggunakan hartanya untuk Isteri dan anak-anaknya.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak.
Tapi tahukah bahwa setiap saat wanita didoakan oleh segala umat, malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini. Serta jika ia mati kerana bersalin/melahirkan, ia dikira sebagai syahid dan syurga menantinya.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita, iaitu:
1. Isterinya
2. Ibunya
3. Anak Perempuannya dan
4. Saudara Perempuannya

Ertinya: bagi seorang wanita, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, iaitu :
1. Suaminya
2. Ayahnya
3. Anak Lelakinya dan
4. Saudara Lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu syurga yang mana saja yang diinginkan dengan syarat :
1. Menunaikan solat 5 waktu
2. Puasa di bulan Ramadhan
3. Taat kepada Suaminya

Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah SWT, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Di kirim khusus kepada wanita solehah agar senantiasa :
♥ Bersabar saat tertekan
♥ Tersenyum di saat hati menangis
♥ Diam saat terhina
♥ Mempesona karena memaafkan
♥ Mengasihi tanpa pamrih
♥ Bertambah kuat di dalam doa dan pengharapan.

Sumber: Broadcast BBM. (Ukhti Fatin)

والله أعلم

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday 7 August 2012

...menghampiri 10 malam terakhir!

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. Masih ada kesempatan utk ana menulis sesuatu sebagai perkongsian bersama.. Mungkin ana akan ulang beberapa perkara yg sama sebab sifat manusia ini perlu diingatkan.. 'ala kulli hal, ana sedang mengingatkan diri ana sendiri..

Alhamdulillah, kita hampir melewati fasa muhasabah di bulan ramadhan yg mulia dan penuh barakah ini.. Lalu, bagaimana kita mempersembahkan ibadah kita? Meningkat, menurun atau masih seperti biasa? Mudah2an ada sedikit peningkatan yang berlaku.. Dan yang penting.. Tidak berlaku penurunan dalam kualiti ibadah.. InshaAllah..

Pencarian 10 malam terakhir semakin menghampiri.. Mudah2an kita akan bertemu dengan malam yang dijanjikan dengan barakah menyamai 1000 bulan.. Allahu Akbar! Beruntunglah mereka yg menemuinya.. Tingkatkan ibadah kita wahai 'abdillah.. Mudah2an kita hamba terpilih utk melihat keajaiban lailatul qadr.. InshaAllah 😊