Sunday 2 December 2012

Jawapan Rindu..

Rindu! Tiba-tiba merindui seseorang yang menjadi persoalan.. Semoga rindu ini sampai kepada yang selayaknya.. Semoga bakal zawjku yang masih menjadi rahsia Allah swt merasai getar rindu dan cinta yg aku titipkan buatnya lewat doa menerusi perantara Allah swt :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 9 November 2012

smile

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ..

Senyum :)

Mudah dan berpahala. Senyum itu sedekah. Senyum itu menutup gundah. Senyum itu menyemai ukhwah. Senyum itu mencipta sejarah. Senyum itu sunnah. :)

Tatkala berduka, senyumlah. Bila ditimpa musibah, senyumlah. Bila dilanda masalah, senyumlah. Setiap kesulitan pasti ada kesenangan. Senyumlah :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 3 November 2012

I believe that...

.....Someday somehow, there's someone who was made for me and the time will come.. He will meet my parents and said, 'I promise that I will take care and love your beloved princess and she will always be my queen of my heart.. Forever and ever..'

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 12 October 2012

Termotivasi..

Look at this picture.. And I feel like..

Ya Allah, jika aku ditakdirkan menjadi sayap kiri perjuangan seorang lelaki yang bernama suami.. Dan dia masih ghaib dari pandanganku.. Kumohon, Kau peliharalah kedua-dua kami ini agar kami bertemu dalam restuMu.. Kau temukan kami kerana cinta kami kepadaMu.. Kau kuatkan hati-hati kami untuk bermujahadah menahan rasa sebelum waktu.. Berikan kami kekuatan jiwa dan kebesaran hati menanti saat cinta bersemi dalam akad nikah bersaksi dan berwali pada detik yg dijanji..

:')

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Anugerah Terindah...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang..

Pernikahan itu begitu agung,
Anugerah terindah daripada Allah kepada hambaNya,
Melaksanakannya bererti mengikut sunnah Rasulullah,
Sehingga pernikahan itu diumpamakan perjanjian yang amat berat.
Ada kedamaian dan ketenteraman yang dijanjikan Allah,
Ada bahagia dan kesyukuran untuk mengetuk pintu kasih sayang Allah,
Ada amanah dan hikmah yang tersirat..
Bersama terbentuknya harapan CINTA..

- Chapter 4.
- Novel "Terimalah Pinanganku". :')

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 3 October 2012

Strong Heart..

Someone asked a woman: Are you a working woman or housewife?

She answered: Yes I am a full time working housewife. I work 24 hours a day. I am a mom, a wife, a daughter and a daughter in law. I am an alarm clock, a cook, a maid, a teacher, a waiter, a nanny, a nurse, a handyman, a security officer, a counselor and a comforter. I don't get holidays, sick leave or days off. I work through day and night. I am on call all hours and get paid with a sentence, "What you do at home!!"

Dedicated to all moms, wives, daughters and sisters. :') ♥

#copy from: FB Syahirul.com.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Today was a fairy tale... Happy 24th!


Presents don't really mean much to me. I don't want to sound mawkish, but - it was the realization that I have a great many people in my life who really love me, and who I really love. 

Happy Birthday, Dear Self.

Aturan Allah itu, Subahanallah.. Sangat indah.. Datangnya tidak cepat dan tidak lambat.. Tetapi ia datang pada saat yang tepat.. 

Terima kasih kepada semua yang pernah menjadi warna dalam kanvas kehidupan saya. terima kasih kerana melengkapkan kanvas kehidupan saya.. Barakallahufikum.. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya utk kalian..

Untuk 24 tahun, suka duka ketawa menangis susah senang, segala apa yang kita panggil dia KEHIDUPAN.. Alhamdulillah ya Allah.. Thank you Allah for everything.. For every single chance.. Untuk setiap satu ujian.. Untuk setiap satu nikmat.. Untuk setiap satu kekuatan.. Sejuta ucap syukur belum mampu menyatakan rasa terima kasih padaMu.. Alhamdulillah :')

Semoga dipanjangkan usia dalam ketaatan kepadaNya :') Menjadi sebutan penghuni langit :') Bertemu jodoh yang baik :') Diberi kesempatan untuk membantu ummah :') Istiqomah dalam kebaikan :')

Monday 1 October 2012

Notes from Oct Baby! :')

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..

اَلْحَمْدُ لِلّهِ..

Akhirnya bertemu kita dengan bulan Oktober. Bulan kelahiran. Bakal berusia 24 tahun pada tahun ini, inshaAllah.

#OctoberWish

* Semoga Allah memberi kita kesempatan utk kembali pada jalanNya, menjadi hamba yang dicintai Sang Pencipta.

* Semoga Allah melimpahkan barakah serta melebarkan kasih sayangNya agar kita terus dinaungi dibawah lembayung rahmatNya.

* Dikurniakan kefahaman yang baik dalam memahami apa yang sepatutnya dilakukan sebagai makhluk dan khalifah :')

* Diberi peluang melaksanakan kebaikan dan kebajikan di atas muka bumi Allah yang maha luas ini.. :')

* Bertemu mereka-mereka yang menjadi pendekat diri ini kepada sang Pencipta. Atau dalam erti kata lain; bertemu belahan jiwa. Ececehh :p

* Dipanjangkan usia dalam ketaatan kepada Allah swt :)

So far, ini sahaja. Sebenarnya, ini harapan, impian dan doa sepanjang bernafas di dunia sementara ini :')
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 30 September 2012

Dariku Untukmu..

Sekadar bicara tanpa suara..
Sekadar madah tanpa irama..
Kucatatkan sebuah luahan rasa..
Yang aku pendam seketika..
Atau sebenarnya telah sekian lama..

Aku punya cita-cita..
Aku jua punya cinta..
Aku punya impian..
Dan aku menyemai harapan..

Cinta itu fitrah..
Jangan biar ia menjadi fitnah..
Cinta itu suci..
Jangan biar ia dicemari..

Pasrah aku di dalam doa..
Melakar rindu di atas sajadah cinta..
Mengukir kasih di untaian tasbih..
Meluah cinta dalam sujud kepadaNya..

Buat bakal imamku,
Aku biarkan kamu dalam jagaan Sang Pencipta..
Seandainya kita dicipta untuk bersama..
Impianku agar kita kekal bercinta hingga ke syurga..
Seandainya takdir kita untuk bersatu..
Rela aku menjadi milikmu..
Dirimu belahan jiwaku..

Salam Cinta,
Bidadari Hatimu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 20 September 2012

question mark!


.. Terlalu banyak persoalan.

Allah knows better and more then us. 



there's something I ALWAYS and MUST believe in Him!

Wednesday 19 September 2012

2:216

...ayat yang sangat memotivasikan diri dan semangat!


Allah jadikan setiap suatu perkara dengan ada hikmah.. Remember! Perancangan Allah semestinya adalah yang terbaik untuk hambaNya.. No matter what, sentiasalah bersangka baik dengan Allah swt. Keep faith and smile always.. 



Wednesday 12 September 2012

Lovely Notes!

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

"When someone truly loves you, they don't have to say a word. You will be able to tell simply by the way they treat you over the long-term. Remember, actions speak much louder than words. A person can say sorry a thousand times, and say "I love you" as much as they want. But if they're not going to prove that the things they say are true, then they're not worth listening to. Because if they can't show it, their words are not sincere."


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 10 September 2012

Keep Faith!

I'm worried, I'm stressed, I'm confused, but I know that Allah will make the right things happen so it will all be ok. Everything happens for a reason, so believe in Him. :')
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday 7 September 2012

New Semester!

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

InshaAllah, 10 Sept '12 akan bermula semester baru bagi ana. Semester baru, kehidupan baru, azam baru, cita2 baru.. Sentiasa cuba utk tajdid niat 'Aku belajar kerana Allah dan Aku belajar kerana untuk membantu ummah'.

Semoga Allah redha dan semoga urusan semester baru dipermudahkan.. Allahumma ameen.

Jaga diri, jaga iman. Semoga dalam jagaan Allah.

W'salam.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday 8 August 2012

..Hebatnya Seorang WANITA

Bismillaah...

Wanita perlu taat kepada suami. Tapi tahukah, bahwa lelaki wajib taat kepada Ibunya tiga kali lebih utama dari pada ayahnya.

Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki.
Tapi tahukah bahawa harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara apabila Lelaki menerima warisan, dia perlu/wajib juga menggunakan hartanya untuk Isteri dan anak-anaknya.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak.
Tapi tahukah bahwa setiap saat wanita didoakan oleh segala umat, malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini. Serta jika ia mati kerana bersalin/melahirkan, ia dikira sebagai syahid dan syurga menantinya.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita, iaitu:
1. Isterinya
2. Ibunya
3. Anak Perempuannya dan
4. Saudara Perempuannya

Ertinya: bagi seorang wanita, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, iaitu :
1. Suaminya
2. Ayahnya
3. Anak Lelakinya dan
4. Saudara Lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu syurga yang mana saja yang diinginkan dengan syarat :
1. Menunaikan solat 5 waktu
2. Puasa di bulan Ramadhan
3. Taat kepada Suaminya

Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah SWT, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Di kirim khusus kepada wanita solehah agar senantiasa :
♥ Bersabar saat tertekan
♥ Tersenyum di saat hati menangis
♥ Diam saat terhina
♥ Mempesona karena memaafkan
♥ Mengasihi tanpa pamrih
♥ Bertambah kuat di dalam doa dan pengharapan.

Sumber: Broadcast BBM. (Ukhti Fatin)

والله أعلم

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday 7 August 2012

...menghampiri 10 malam terakhir!

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. Masih ada kesempatan utk ana menulis sesuatu sebagai perkongsian bersama.. Mungkin ana akan ulang beberapa perkara yg sama sebab sifat manusia ini perlu diingatkan.. 'ala kulli hal, ana sedang mengingatkan diri ana sendiri..

Alhamdulillah, kita hampir melewati fasa muhasabah di bulan ramadhan yg mulia dan penuh barakah ini.. Lalu, bagaimana kita mempersembahkan ibadah kita? Meningkat, menurun atau masih seperti biasa? Mudah2an ada sedikit peningkatan yang berlaku.. Dan yang penting.. Tidak berlaku penurunan dalam kualiti ibadah.. InshaAllah..

Pencarian 10 malam terakhir semakin menghampiri.. Mudah2an kita akan bertemu dengan malam yang dijanjikan dengan barakah menyamai 1000 bulan.. Allahu Akbar! Beruntunglah mereka yg menemuinya.. Tingkatkan ibadah kita wahai 'abdillah.. Mudah2an kita hamba terpilih utk melihat keajaiban lailatul qadr.. InshaAllah 😊

Sunday 29 July 2012

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ..

Assalamualaikum. Kaifa halukum? Bilkheir inshaAllah.. Bagaimana puasa kita setakat hari ke 9 ni? Mudahan2 diakhir ramadhan kita akan memperoleh sesuatu.. InshaAllah..

Ana cuba nk mencatat sedikit perkongsian dalam blog ana.. Tapi ana tak dpt melaksanakan secara taat.. Ana cuma manusia biasa yang segalanya digerak'n oleh Allah swt.. Ana percaya, gugurnya sehelai daun ke bumi pasti ada asbab dan hikmahnya.. Allah itu tidak menjadikan sesuatu dgn sia-sia.. :)

والله أعلم :)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday 22 July 2012

..Ramadhan Kareem, Allahu Akram!

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ..

Alhamdulillah. Day 2 of Ramadhan. May Allah ease everything. :')

Ramadhan ini satu ruang utk kita mencari cinta. Ramadhan ini satu platform utk kita menjadi sang soleh dan solehah. Ramadhan ini satu anugerah buat para pencari Tuhan.. :')

Manfaatkan Ramadhan dgn perkara-perkara yang menjana pahala dan redha Allah.. Salah satu golongan yang rugi ialah, mereka yg keluar dari universiti ramadhan tanpa mendapat sebarang kebaikan dan manfaat.

Perbanyakkan membaca al-Quran, bersedekah, berkata yg elok atau lebih baik diam dari kalam itu menyakiti. Dan terlalu banyak perkara ma'ruf yg boleh kita laksanakan sepanjang ramadhan. Mudah2an ramadhan menjadi titik tolak proses mentarbiyyah diri.. Dan semoga istiqomah :)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday 18 July 2012

..Terlalu banyak!

Allahu Akbar! Terlalu banyak perkara yang mahu ana luahkan.. Terlalu banyak perkara yg bermain difikiran.. Terlalu!

Hidup kita ini mmg tak mampu utk puaskan hati semua orang. Tapi itu bukan alasan utk melukakan hati orang lain. Kita cuba utk menjaga sedaya yg mungkin. Dan peeps, janganlah mementingkan diri sendiri. Semua orang ada hati dan perasaan.

"Hanya yang melalui akan merasakan."

Ana sendiri manusia yang lemah tiada daya tanpa Dia. Kita sebagai manusia, gunakan akal yang diberi Allah utk berfikir dan gunakan sifat ihsan kita yg Allah dah bagi.. Not good lah sahabat bila kita pentingkan diri.. Orang lain ada banyak benda yg perlu dihadapi..

Ya, Allah tidak akan membebankan sesuatu yang dia tidak mampu.. Jadi, bersifatlah dgn sifat toleransi, sama2 kita jaga hati.. InshaAllah..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday 14 July 2012

..Tentang Ujian dan Hikmahnya :)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ..

Alhamdulillah atas kesempatan yang Allah berikan kepada ana utk menulis dan kpd antum utk membaca penulisan ana.. :')

Ana cuba berkongsi dengan kalian tentang satu perkara yang sebenarnya ana tak mampu ungkapkan dengan kata-kata.. Yang mampu ana katakan, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar..

Hidup tanpa ujian adalah kosong. Mukmin itu diuji utk Allah tahu kita ditahap yang mana. Dan ujian ini pelbagai. Hanya orang-orang yang kuat dan redha akan tersenyum menerima mehnah dan tribulasi kerana pandangan mereka tentang ujian sarat dgn hikmah dan kasih sayang Allah..

Bila datangnya ujian, senyumlah.. Allah itu sedang berbicara denganmu, sahabat.. Allah berbicara tentang SABAR, REDHA, BERSANGKA BAIK. Janji Allah itu pasti! Yakinlah dengan takdir yang ditentukan Allah..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 11 July 2012

Putaran Kehidupan.

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ..

Alhamdulillah, Allah beri kesempatan utk bernafas dan melihat keindahan dunia. Hari ini pasti satu lagi lukisan tergambar di atas kanvas kehidupan kita.

10 hari lagi menjelang Ramadhan. Allah, hati berdebaran menanti ramadhan. Ramadhan Kareem.. Allahu Akram.. Semoga Allah beri kita kesempatan utk mentarbiyyah diri dalam universiti Ramadhan..

Hari ini, ana cuba kongsikan sedikit catatan perjalanan hidup ana.. Life is like merry-go-round, smtimes kita di atas dan ada masa kita di bawah.. Itu norma kehidupan.. Cuma yg m'bezakannya ialah kelajuan putaran.. Lambat atau cepat. Tenang atau ada angin kencang bertiup.

Ana tak pasti adakah ana pernah tiba dikemuncak.. Tetapi ana pernah berada di bawah.. Dari tempat tinggi ana terhempas ke bawah. Tapi di situ bermula.. Ana kenal bahawa kita ini hanyalah manusia biasa yang tiada daya tanpa bantuan Allah..

Just go with e flow, usaha menjadi terbaik utk mendapat yg terbaik.. The rest, put ur trust and hope to Him.. Redha, yakin dan bersangka baik dengan takdir Allah, dan berbahagialah. Itu hakikat sebuah kebahagiaan bila hati menjadi tenang..

Ana banyak belajar dari benda lepas.. Inilah kehidupan.. Ana percaya, tidak sesuatu itu terjadi tanpa ada sebab dan disebaliknya terkandung hikmah.. Pandang dengan pandangan positif.. Pandang dengan kaca mata hikmah.. Dan percayalah, ada pelangi selepas hujan..

Ujian itu tanda tarbiyyah.. Ujian itu tanda rindunya Allah kepada kita.. Bersangka baik dengan Allah, kerana Allah itu ada dalam sangkaan kita..

والله أعلم ..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 30 June 2012

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..

Sekadar coretan dipagi hari..

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah kerana dengan izinNya, masih ana mampu utk menulis walau dengan seayat.

Baru-baru ini, sahabat ana ada menyatakan.. 'Manusia itu pasti melakukan kesilapan pada masa lalu, bezanya kecil atau besar kesilapan tersebut, kemahuan mahu bertaubat kerana kesilapan tersebut..' Hakikat yang bernama manusia, insan itu alpa. Perlu kepada peringatan dan peringatan dan peringatan.

Allah menyebut di dalam surah al-'asr. Intipati ayat menyatakan, 'Demi masa, sesungguhnya manusia itu kerugian. Kecuali bagi yang beriman dan beramal soleh. Serta mereka yang berpesan2 dgn kebenaran dan dgn kesabaran.' Allah menyatakan kealpaan manusia perlu dineutralkan dengan pesanan terhadap kebenaran.

Berbalik kepada pernyataan sahabat ana.. Benarlah, masa lalu telah pergi. Masa lalu adalah perkara paling jauh bagi kita. Siapa kita hari lalu, tidak menjamin siapa kita akan datang. Hidayah itu milik Allah. Allah memberi kepada sesiapa yang Allah kehendaki.

Lihat sahaja Abi Talib bapa saudara Nabi saw yg menjadi tulang belakang tatkala Islam mula bertebaran.. Tetapi diakhir hayatnya, Abi Talib pergi sebagai kafir. Dan lihat bagaimana Umar al-Khattab yang keras hatinya menjadi selembut-lembut manusia tatkala hatinya disapa Nur dar Allah.. Jelas disini, Hidayah itu milik Allah, dan hanya mereka yang terpilih akan menikmati kemanisannya.

*sebenarnya niat ana nak tulis lain. Tapi Allah izinkan ini yang tertulis, maka ini yang ana kongsikan bersama antum.*

والله أعلم ..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 24 June 2012

..Warna Warni Kehidupan

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ..

Alhamdulillah atas limpah kurniaNya, hari ini masih lagi kita mampu melihat keindahan alam ciptaan Allah yang Maha Esa.. :') Jangan pernah berhenti bersyukur kerana pada saat kita tersenyum, ada yang sedang berduka, dan pada saat kita berduka ada yang telah tiada..

Tentang Warna.

Hidup ini seperti warna-warna.. Ada warna yang cantik, ada warna yang kusam, ada warna yang lembut, ada warna yang garang, ada warna kegemaran.. Pelbagai warna yang tercorak dalam kanvas kehidupan kita..

Lihatlah warna tersebut dari pelbagai sisi pandangan.. Pasti, ia suatu hasil yang indah dan ada cerita tersendiri.

Itulah kehidupan.

Kita tidak menjalani kehidupan secara plain. Satu warna. Kita hidup dengan pelbagai ceritera. Pelbagai warna. Suka, duka, ketawa, menangis, berani, takut, kecewa, positif, dan banyak lagi akan mengiringi kehidupan. Setiap seorang yang dalam hidup kita membawa warna tersendiri.

Positif, bersangka baik, redha.. Itu warna yang mencantikkan kanvas lukisan kehidupan kita. Biar datang warna-warna kusam berbentuk ujian, dugaan.. Ia tetap akan mengindahkan lukisan kehidupan jika kita bijak mewarnai lukisan dgn warna-warna kelembutan dan positif..

والله أعلم ..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 23 June 2012

post by: HAPPY MUSLIM HUSBAND & WIFE

HAPPY MUSLIM HUSBAND & WIFE wrote:

And what happens in our busy, stressful lives when one spouse tries to bring love and affection – a little romance – back into the picture? What is often the response?

"Honey, we have no time for all of that. I worked all day, I am tired. We aren't teenagers anymore. We're full-grown adults."

As if love and affection have an expiration date! As if once we get "too old", once we have children and responsibilities, there is no longer any time for such things.

The Qur'ân puts the lie to this idea. Allah says: "And from among His signs is that He created for you mates from among yourselves to take comfort with, and He placed between you love and mercy." [Sûrah al-Rûm: 30:21]

This verse shows us the enduring nature of the love that should exist between the husband and wife. When it speaks about love, it is not talking about those fleeting passions like we see in the movies, but about something substantial, something that is supposed to be woven into the very fabric of married life.

Please SHARE
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 22 June 2012

...Permulaan Tarbiyyah al-Aulad


..Bismillahirrahmanirrahim

Sabda Rasulullah saw: "Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarna dan mencorak'nnya, sama ada ia menjadi Yahudi, Majusi dan Nasrani" (HR Bukhari dan Muslim)

Pendidikan terhadap anak-anak bakal pewaris agama dan bangsa sebenarnya bukan bermula apabila lahirnya bayi yang comel itu bahkan ia tidak jugak bermula saat janin berada di dalam rahim si ibu. Tetapi, pendidikan itu bermula saat sebelum pernikahan antara bakal ibu dan bakal bapa berlangsung..

Benar, proses melahirkan generasi yang soleh dan cemerlang akhlaknya bermula daripada pemilihan pasangan yang soleh/solehah, pembentukan diri yang soleh/solehah.. InshaAllah, kesolehan dan kecemerlangan akhlak bakal diwarisi anakanda putera puteri agama :')

Perbanyak'n mempelajari ilmu yang mendekatkan kita kepada Sang Pencipta seterusnya m'amalkannya..

"Ilmu yang tidak diamalkan umpama pohon yang tidak berbuah"

Perbaiki Diri.. Hiasi Peribadi.. :')

والله أعلم :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

You Came To Me ; Sami Yusuf ft Siti NurHaliza (lirik)


VERSE 1

You came to me in that hour of need
When I was so lost, so lonely
You came to me took my breath away

Showed me the right way, the way to lead

BRIDGE 1

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want Is to be with you

You are my One True love
Taught me to never judge
Now all I want Is to be with you



Allahumma salli ‘ala sayyidina mustafa
‘ala habibika nabiika mustafa

CHORUS (x2)

VERSE 2

Dikau hadir kala kusedih
Sendirian dan hilang
Dikau hadir kala aku
Mendambarkan petunjuk jalan

BRIDGE 2

For you I’d sacrifice
For you I’d give my life
Anything, just to be with you

I feel so lost at times
By all the hurt and lies
Now all I want Is to be with you



Allahumma salli ‘ala sayyidina mustafa
‘ala habibika nabiika mustafa 

CHORUS (x2)

MIDDLE 8

Showed me right from wrong
Taught me to be strong
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH

Telah kau datang
Teranglah alam
Daju perlukanmu
Ya Rasul ALLAH

BRIDGE 3

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want is to be with you

You are my One True love
Taught me to never judge
Now all I want Is to be with you



Allahumma salli ‘ala sayyidina mustafa
‘ala habibika nabiika mustafa 

CHORUS (currently X2)



credit:
youtube
liriknasyid.com

Thursday 21 June 2012

Jodoh itu seperti Rezeki :')

..Bismillahirrahmanirrahim :)

Tentang Jodoh..

Benar jodoh kita telah tertulis sekian lama sebelum diciptakan apa yg ada dibumi.. Tetapi bukan maknanya kita tidak perlu mencari..

Mencari jodoh bukan semata-mata dengan cara pergi mengurat.. Adalah lebih molek kita usahakan dengan mensoleh atau mensolehahkan diri kita utk mendapat pasangan yang soleh/solehah.. :) bukankah Allah ada menyebut di dalam al-Quran surah an-Nur ayat ke 26.. Dpt disimpulkan bahawa;

"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.. Begitu juga sebaliknya.."

Allah dah bagi kan cara nak memcari jodoh? Jadi orang baik, nanti dapat orang baik. Mudah kan? Tapi perlu pada kekuatan hati, kecekalan jiwa, keikhlasan dan istiqomah.. Kembali kepada Allah dalam apa juga keadaan.. InshaAllah, setiap jiwa2 kita mampu.. :)

Kadang2 kita berjumpa dgn orang yang salah sebelum kita menemui cinta sejati.. Jangan pernah berhenti dari mencari 'teman seperjuangan' kita kerana jodoh itu umpama rezeki.. Berhenti mencari jodoh umpama berhenti mencari rezeki.. Semoga ia menjadi rezeki yang barakah dan menyenangkan..

Dalam mencari jodoh, sandarkan kebergantungan kepada Allah kerana Allah yang memegang hati-hati kita.. :) Istikharahlah, ia membantu.. :') Carilah dia yang mencintai Penciptanya, kelak dia dpt mencintai kita yg diciptakanNya..

والله أعلم .. :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 20 June 2012

..announcement?

..Bismillah..

Salam Subuh buat sahabat² semua..

inshaAllah, ana cuba menulis sesuatu untuk pengajaran kita bersama.. apa yang cuba ana kongsikan bersama kalian hanyalah tulisan ana yang tidak seberapa.. sekadar secebis ilmu Allah yang takkan pernah habis walau habis kering air di 7 lautan.. semoga ada manfaat bersama.. ana mohon teguran kalau ada kesilapan dalam penulisan ana..


"Siapa kita.. Jangan pernah berhenti merebut peluang menyebar dan berkongsi kebaikan.."

Tuesday 19 June 2012

..Buatmu Si Mawar Agama

..Bismillah

Wahai Mawar Agama,
Akhlak muliamu cerminan agama..
Bijakmu bagai pelita..
Tutur katamu memecah rasa..

Wahai Bidadari Dunia,
Cintamu hanya padaNya..
Rindmu buat RasulNya..
Kasihmu cuma pada keluarga..

*gambar hiasan : Oki Setiana di UKM 10 Jun 2012*

Wahai Kuntuman Mawar Syurga,
Harimu tidak lari dari zikrullah..
Siangmu engkaulah khalifah..
Melaksana tugas demi ummah..
Malammu engkaulah hamba Allah..
Merintih merayu hanya padaNya..

Wahai Penyejuk Hati Sanubari,
Mulia dirimu kerana ketaatanmu..
Mulia dirimu kerana akhlakmu..
Mulia dirimu kerana ilmumu..
Mulia dirimu kerana agungnya Islam dalam hatimu..

Muslimah Solehah,
Hatimu terpelihara..
Auratmu kau jaga..
Ilmu engkau kembara..

"Dunia ini perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tentang Takdir..

4 bentuk takdir yg ditulis oleh Allah utk manusia ; secara azali, 'umri, hauli, dan yaumi. #takdir

#takdir azali-Ditulis 50 ribu tahun sebelum Dicipta Langit & Bumi

#takdir 'umri (sekali umur)-setiap org lain2 (4 bentuk: Rezeki, amalnya syurga atau neraka, ajalnya & apakah bakal bahagia atau sebaliknya)

#takdir hauli (Cukup Setahun)- Takdir di'rivise' setiap tahun, iaitu b'laku smsa Lailah Al-Qadr, seseorng dilihat 'performance'nya.

#takdir yaumi - apa yg berlaku setiap hari.

Umat dahulu bila ingin beriman, mrka ingin melihat prkra pelik2 (cth: meminta unta keluar dr batu waktu Nabi Soleh) tetapi umat akhir zmn ini tidak. Krn Allah jadikan umat akhir zmn beriman berdasarkan pemikiran minda/perbincngn ilmiah menerusi hujah al-Quran dan Sunnah. ☺

As a muslim, percaya kepada qadha' dan qadar Allah itu salah satu rukun iman. Percayalah Allah tidak akan m'takdir'n sesuatu yg sia2 utk kita.. Hidup kita ada pilihan. Memilih iman atau mengikut nafsu. Mencari ilmu atau terus jahil. Melaksana kebaikan atau mengejar keburukan..

Berusaha menjadi yg terbaik dan berdoa agar Allah memberi yg terbaik. Muslim, itu kita!

والله أعلم ..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 17 June 2012

Bernikahlah..


..Bismillah

  • “Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”.
Surah An-Nur: 32

  • "Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”.
Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas

  • “Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.
Surah An-Nur : 30

  • “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”.
- Surah Al-Isra : 32

  • “Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”.
Surah Yasin : 36

  • “Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi”.
Surah Az-Zukhruf : 12



  • “Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang”.
Surah Ar-Rum : 21

  • Abdullah Ibnu Mas’ud pernah berkata : “Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang ku sukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang”.

  • Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda : “Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”.
-  Riwayat Ibnu Majah.

  • Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”.
Riwayat Abu Mansur Al-Dailami

Dakwah. Tugas Siapa?

..Bismillah

"Kau nk jadi ustaz/ustazah eh dok cakap-cakap pasal agama ni?"

"Kau tu bukan ulama'.. Tak payah nak berceramah mcm bagus sangat!"

"Wah.. Sejak bila kau jadi alim ni nk dakwah-dakwah ni?"

3 ayat di atas contoh yg sering ana dengar atau ana baca bila seseorang cuba menyampaikan kebaikan.

Adakah kita telah setkan bahawa tugas berdakwah itu hanya kerjaya seorg ustaz/ustazah atau ulama'? Betulkan jika ya. Setiap muslim berhak utk menyampaikan kebaikan.

Sabda Nabi saw: "Sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat" (HR Bukhari)

Nyatalah tugas berdakwah tidak hanya dipikul oleh golongan 'Agamawan' tetapi setiap muslim mempunyai peranan masing-masing dalam berdakwah. Nah, saudaraku.. Betulkan kembali, dakwah itu hak milik individu setiap muslim.

Namun, methode dakwah yg digunakan perlu betul. Gunalah kebijaksanaan dalam menyebarkan agama Allah.. Letak'n diri kita sebagai penerima dakwah.. Dan inshaAllah.. Kita boleh menyampaikan dakwah dengan baik.

Jalan dakwah itu penuh cabaran. Dan tidak mudah. Sedangkan Nabi saw yang mulia itu dihina, dikeji ketika menyampaikan risalah agung, inikan kita.. Hamba yg ada melakukan kesalahan dan kesilapan.. Tetapi jgn pernah berhenti.. Teruskan! Hidayah itu hak Allah.. Kita hanya berusaha mencarinya.. Tak mudah namun tak susah andai Allah dan redhaNya adalah matlamat kita dalam menyebar bahagia. :)

والله أعلم

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kerana Allah Cinta!

..Bismillah

Ujian. Itu lumrah kehidupan bagi dia yang bernama manusia. Ujian sering dianggap berat mengikut nilaian individu. Tapi lupakah kita bahawa Allah tidak akan membebani manusia akan sesuatu yang tidak kita mampu?! Nah, itu bukti cinta Allah kepada kita..

Sungguh Allah itu cinta akan hambaNya. Dia yg memberi ujian, Dia jugalah yg memberi jalan keluar. Maha Suci Allah yg mempunyai segala kuasa.

Kembali kepadaNya, serahkan urusan kepadaNya, Allah tahu apa yg terbaik utk kita. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah. Allah itu ada dalam sangkaan kita.

Mintalah agar hidup kita diberi kekuatan agar dpt menempuhi mehnah dan tribulasi sepangjang bergelar makhluk dan khalifah di atas muka bumi ini. Kerapkan melafaz kalimah syukur atas kurniaanNya agar tidak kita menjadi mereka2 yg sering kufur nikmat yg diberikan..

والله أعلم

سُبْحَانَ اللّهِ ، والْحَمْدُللّهِ ، وَ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ ، وَ اللّهُ اَكْبَرُ ، وَ لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pujangga Cinta

..Bismillah

Sekadar nukilan buat bakal suamiku..

Duhai bakal imamku,
Apa khabar dirimu?
Apa khabar imanmu?
Semoga enta berada jagaan Ilahi sentiasa..

Duhai bakal imamku,
Ketahuilah enta bahawa hati ini..
Sedang menanti waktu kehadiranmu..
Menanti saat enta berjabat dgn waliku..
Menanti detik tautan hati kita bersatu..

Duhai bakal imamku,
Kumohon tautan cinta kita keranaNya..
Agar mahligai kita dalam barakahNya..
Sebagaimana impian kita bertemu dalam redhaNya..

Duhai bakal imamku,
Ingat bila aku terlupa..
Bimbing aku meraih syurgaNya..
Bantu aku melengkapi agama..
Pimpin aku meraih cintaNya..

Salam cinta penuh kasih,
Sang Bidadari Cintamu..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 10 June 2012

Final Exam.. After A Year..

Minggu final exam telah kembali! Selamat menempuhi imtihan akhir rakan-rakan..

Setelah kamu berusaha, bertawakallah kamu kepadaNya.. :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 8 June 2012

Bijaklah Mengawal Nafsu..

Ibn Athaillah berkata "Induk segala maksiat,syahwat dan kelalaian adalah redha t'hdp nafsu.. Sedangkan sumber ketaatan terpelihara dari syahwat dan bergegas pada taat adalah tidak redha pada nafsu"

:)
Semoga ada manfaat bersama :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 7 June 2012

...

..Cinta itu cahaya sanubari,
Kurniaan Tuhan fitrah insani,
Dan dimana terciptanya cinta,
Disitu rindu bermula..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 21 May 2012

Special wish for you :)

Selamat pengantin baru, dekla dan wan.. Barakallahulakuma..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 6 May 2012

This is so wangeyyyy!

Body Lotion by Jimmy Choo.. Wangey tahap tak hengattt.. Love it much!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 5 May 2012

Thursday 3 May 2012

Wednesday 2 May 2012

Hadirnya tanpa kusedari..

Jodoh..
Ia akan menghampiri bila Allah menetapkan inilah masanya.. Dari mana angin cinta itu bertiup.. Arah mana bayu cinta itu datang, kita tidak akan pernah tahu sehingga Allah menetapkannya.. Serahkan cintamu pada yang berhak, yang memiliki cinta segala cinta.. Agar cinta itu akan menembusi hati si dia yg layak menerima cintamu..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Testing 1.. 2.. 3..

...Bismillah wa Alhamdulillah 'ala kulli hal :)

Teringin nak membelog kembali setelah beberapa masa meninggalkan dunia belog.. Tp kita akan lihat sejauh mana kekerapan update dalam sebulan ;) ye laa.. Tak sepenuh masa di gunakan utk m'hadap benda ni.. >̴̴̴̴̴͡.̮Ơ̴͡

(◦'⌣'◦)

Kbai
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

test

..bismillah