Sunday 7 July 2013

Fitrah seorang manusia....

Betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya pasangan di dalam kejadiannya. Betapa jemu dan bosan kehidupan ini jika yang menjadi penghuni alam lelaki semuanya, atau perempuan semuanya. Jadi, kejadian berpasangan antara lelaki dan perempuan it merupakan ramuan yang mengindahkan kehidupan. Allah S.WT. berfirman:

"Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. "
(ar-Ruum:21)

Kejadian berpasangan juga sebagai saluran untuk meneruskan keturunan manusia.Allah S.WT. berfirman:

"Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan... "
(An-Nisa':1)

Dengan keterangan di atas jelas sekali hikmatallah menjadikan manusia dari lelaki dan wanita, pertama untuk memperindahkan kehidupan manusia itu sendiri. Kedua untuk mengekalkan ketuninan manusia di dalam jangka waktu yang panjang sehingga Allah S.W.T. menentukan berakhirnya sejarah manusia di bumi ini. Ini semuanya adalah rahmat Allah S.WT. kepada manusia yang diamanahkan untuk mengendalikan ulusan di bumi sebagai khalifah-Nya.

Tuesday 4 June 2013

Few months to go...

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..

اَلْحَمْدُ لِلّهِ ..

Berbaki beberapa bulan sebelum tamat pengajian sarjana di UKM. InshaaAllah. Semoga Allah beri kekuatan hati, mental dan fizikal untuk menghabiskan sisa-sisa pengajian yang berbaki ini. Sungguh! Sebenarnya sedikit tertekan dengan situasi sekarang. Like seriously! May Allah swt ease everything and ease my journey to finish my Master.

Lelah? Jatuh? Lumrah. Tapi ada pilihan untuk kembali bangkit bukan? Bukan selamanya melemah. Keep calm bebeh, keep calm!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 24 April 2013

Note to dear self...

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ..

Dear self, just a simple notes to you..

Never expect. Never assume. Never ask. And never demand. Just let it be. If it's meant to be, it will happen.

Have faith!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 14 February 2013

After A Year..

Alhamdulillah, 14 Februari 2013 cukup setahun bergelar pelajar sarjana. Banyak kenangan yang tersisip sepanjang perjalanan ini. Adatlah sebuah kehidupan, ketawa menangis, suka duka, turun naik.. Semoga perjalanan ini medapat rahmat dan dipermudahkan jalan menuju syurgaNya.

Syukur ya Allah atas kurniaanMu. Nyata, kita ini hamba mampu merancang tetapi rencana Allah swt tetap yang terbaik.. Alhamdulillah! Subhanallah!

:)

Wednesday 30 January 2013

Tuesday 22 January 2013

Rabbi Yassir :)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..

Ya Allah, jika dia benar untukku..
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku..
Jika dia bukan untukku..
Damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu..

Permudahkan segala urusan kami bersatu utk meraih redha dan maghfirahMu, ya Allah.. Jika Engkau m'kehendaki kami bersatu.. Dan gantikan kami dgn sesuatu yg lebih baik jika Engkau mentakdirkan kami tidak bersatu..

:')

والله أعلم .
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 13 January 2013

Page x of xxx

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

#throwback 2012.

2012, Tahun yang saya kira begitu mencabar. Break up, sambung master, back to nature, jumpa 'hot' people dan banyak lagi.

Manusia mana tidak pernah diuji? Ujian Allah itu tidak hanya dalam bentuk kesusahan, bencana, kematian dll. Kesenangan, gembira juga ujian.. Cuma beza kita adalah cara kita menghadapi ujian. Dengan hati yang tabah atau jiwa yang dipenuhi amarah. Itu beza.. :')

2012 memang satu tahun yang saya gelarkan sebagai tahun airmata, mungkin? Letih dgn kecewa cinta manusia, lelah dipertengahan perjuangan hidup seorang bakal sarjana, kecewa dengan persahabatan.. Dan banyak lagi.. Hidup tak semudah yang kita bayangkan. Tetapi tidak juga sepayah yang kita sangkakan.. Terpulang bagaimana kita m'hadapi hidup kita.. :)

Benar, segala yang telah terjadi adalah suratan takdir. Tetapi itu bukan alasan sebagai seorang khalifah yg diberi akal dan diberi panduan yg jelas untuk tidak berusaha. Takdir itu atas apa yg kita usahakan dan kebergantungan kita. Simple! Jadi baik utk dpt yg baik dan terima yang tidak baik kalau kita pilih jalan yang tak baik..

Analogi yang mudah.. Sepinggan nasi dihadapan kita.. Jika tiada usaha menyuap dan menguyah/menelan atau secara mudahnya makan nasi itu, adakah kita akan kenyang? Sampai basi nasi tu pun kita takkan kenyang.. Mahu kenyang, makan! Mahu berjaya, usaha..

*oh, jauh menyimpang dr throwback :D*

Semoga 2013 menjadikan kita hamba yang lebih dicintai oleh Rabbnya. Menjadikan kita hamba yg taqarrub kepada Penciptanya. Hadapi hari mendatang dengan meyakini bahawa Allah sentiasa ada dalam setiap derai airmata dalam setiap gelak tawa.. Allah ada.. Sentiasa ada.. :')

Wallahu a'lam :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.