Sunday 29 July 2012

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ..

Assalamualaikum. Kaifa halukum? Bilkheir inshaAllah.. Bagaimana puasa kita setakat hari ke 9 ni? Mudahan2 diakhir ramadhan kita akan memperoleh sesuatu.. InshaAllah..

Ana cuba nk mencatat sedikit perkongsian dalam blog ana.. Tapi ana tak dpt melaksanakan secara taat.. Ana cuma manusia biasa yang segalanya digerak'n oleh Allah swt.. Ana percaya, gugurnya sehelai daun ke bumi pasti ada asbab dan hikmahnya.. Allah itu tidak menjadikan sesuatu dgn sia-sia.. :)

والله أعلم :)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday 22 July 2012

..Ramadhan Kareem, Allahu Akram!

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ..

Alhamdulillah. Day 2 of Ramadhan. May Allah ease everything. :')

Ramadhan ini satu ruang utk kita mencari cinta. Ramadhan ini satu platform utk kita menjadi sang soleh dan solehah. Ramadhan ini satu anugerah buat para pencari Tuhan.. :')

Manfaatkan Ramadhan dgn perkara-perkara yang menjana pahala dan redha Allah.. Salah satu golongan yang rugi ialah, mereka yg keluar dari universiti ramadhan tanpa mendapat sebarang kebaikan dan manfaat.

Perbanyakkan membaca al-Quran, bersedekah, berkata yg elok atau lebih baik diam dari kalam itu menyakiti. Dan terlalu banyak perkara ma'ruf yg boleh kita laksanakan sepanjang ramadhan. Mudah2an ramadhan menjadi titik tolak proses mentarbiyyah diri.. Dan semoga istiqomah :)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday 18 July 2012

..Terlalu banyak!

Allahu Akbar! Terlalu banyak perkara yang mahu ana luahkan.. Terlalu banyak perkara yg bermain difikiran.. Terlalu!

Hidup kita ini mmg tak mampu utk puaskan hati semua orang. Tapi itu bukan alasan utk melukakan hati orang lain. Kita cuba utk menjaga sedaya yg mungkin. Dan peeps, janganlah mementingkan diri sendiri. Semua orang ada hati dan perasaan.

"Hanya yang melalui akan merasakan."

Ana sendiri manusia yang lemah tiada daya tanpa Dia. Kita sebagai manusia, gunakan akal yang diberi Allah utk berfikir dan gunakan sifat ihsan kita yg Allah dah bagi.. Not good lah sahabat bila kita pentingkan diri.. Orang lain ada banyak benda yg perlu dihadapi..

Ya, Allah tidak akan membebankan sesuatu yang dia tidak mampu.. Jadi, bersifatlah dgn sifat toleransi, sama2 kita jaga hati.. InshaAllah..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday 14 July 2012

..Tentang Ujian dan Hikmahnya :)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ..

Alhamdulillah atas kesempatan yang Allah berikan kepada ana utk menulis dan kpd antum utk membaca penulisan ana.. :')

Ana cuba berkongsi dengan kalian tentang satu perkara yang sebenarnya ana tak mampu ungkapkan dengan kata-kata.. Yang mampu ana katakan, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar..

Hidup tanpa ujian adalah kosong. Mukmin itu diuji utk Allah tahu kita ditahap yang mana. Dan ujian ini pelbagai. Hanya orang-orang yang kuat dan redha akan tersenyum menerima mehnah dan tribulasi kerana pandangan mereka tentang ujian sarat dgn hikmah dan kasih sayang Allah..

Bila datangnya ujian, senyumlah.. Allah itu sedang berbicara denganmu, sahabat.. Allah berbicara tentang SABAR, REDHA, BERSANGKA BAIK. Janji Allah itu pasti! Yakinlah dengan takdir yang ditentukan Allah..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 11 July 2012

Putaran Kehidupan.

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ..

Alhamdulillah, Allah beri kesempatan utk bernafas dan melihat keindahan dunia. Hari ini pasti satu lagi lukisan tergambar di atas kanvas kehidupan kita.

10 hari lagi menjelang Ramadhan. Allah, hati berdebaran menanti ramadhan. Ramadhan Kareem.. Allahu Akram.. Semoga Allah beri kita kesempatan utk mentarbiyyah diri dalam universiti Ramadhan..

Hari ini, ana cuba kongsikan sedikit catatan perjalanan hidup ana.. Life is like merry-go-round, smtimes kita di atas dan ada masa kita di bawah.. Itu norma kehidupan.. Cuma yg m'bezakannya ialah kelajuan putaran.. Lambat atau cepat. Tenang atau ada angin kencang bertiup.

Ana tak pasti adakah ana pernah tiba dikemuncak.. Tetapi ana pernah berada di bawah.. Dari tempat tinggi ana terhempas ke bawah. Tapi di situ bermula.. Ana kenal bahawa kita ini hanyalah manusia biasa yang tiada daya tanpa bantuan Allah..

Just go with e flow, usaha menjadi terbaik utk mendapat yg terbaik.. The rest, put ur trust and hope to Him.. Redha, yakin dan bersangka baik dengan takdir Allah, dan berbahagialah. Itu hakikat sebuah kebahagiaan bila hati menjadi tenang..

Ana banyak belajar dari benda lepas.. Inilah kehidupan.. Ana percaya, tidak sesuatu itu terjadi tanpa ada sebab dan disebaliknya terkandung hikmah.. Pandang dengan pandangan positif.. Pandang dengan kaca mata hikmah.. Dan percayalah, ada pelangi selepas hujan..

Ujian itu tanda tarbiyyah.. Ujian itu tanda rindunya Allah kepada kita.. Bersangka baik dengan Allah, kerana Allah itu ada dalam sangkaan kita..

والله أعلم ..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.