Saturday 30 June 2012

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..

Sekadar coretan dipagi hari..

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah kerana dengan izinNya, masih ana mampu utk menulis walau dengan seayat.

Baru-baru ini, sahabat ana ada menyatakan.. 'Manusia itu pasti melakukan kesilapan pada masa lalu, bezanya kecil atau besar kesilapan tersebut, kemahuan mahu bertaubat kerana kesilapan tersebut..' Hakikat yang bernama manusia, insan itu alpa. Perlu kepada peringatan dan peringatan dan peringatan.

Allah menyebut di dalam surah al-'asr. Intipati ayat menyatakan, 'Demi masa, sesungguhnya manusia itu kerugian. Kecuali bagi yang beriman dan beramal soleh. Serta mereka yang berpesan2 dgn kebenaran dan dgn kesabaran.' Allah menyatakan kealpaan manusia perlu dineutralkan dengan pesanan terhadap kebenaran.

Berbalik kepada pernyataan sahabat ana.. Benarlah, masa lalu telah pergi. Masa lalu adalah perkara paling jauh bagi kita. Siapa kita hari lalu, tidak menjamin siapa kita akan datang. Hidayah itu milik Allah. Allah memberi kepada sesiapa yang Allah kehendaki.

Lihat sahaja Abi Talib bapa saudara Nabi saw yg menjadi tulang belakang tatkala Islam mula bertebaran.. Tetapi diakhir hayatnya, Abi Talib pergi sebagai kafir. Dan lihat bagaimana Umar al-Khattab yang keras hatinya menjadi selembut-lembut manusia tatkala hatinya disapa Nur dar Allah.. Jelas disini, Hidayah itu milik Allah, dan hanya mereka yang terpilih akan menikmati kemanisannya.

*sebenarnya niat ana nak tulis lain. Tapi Allah izinkan ini yang tertulis, maka ini yang ana kongsikan bersama antum.*

والله أعلم ..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 24 June 2012

..Warna Warni Kehidupan

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ..

Alhamdulillah atas limpah kurniaNya, hari ini masih lagi kita mampu melihat keindahan alam ciptaan Allah yang Maha Esa.. :') Jangan pernah berhenti bersyukur kerana pada saat kita tersenyum, ada yang sedang berduka, dan pada saat kita berduka ada yang telah tiada..

Tentang Warna.

Hidup ini seperti warna-warna.. Ada warna yang cantik, ada warna yang kusam, ada warna yang lembut, ada warna yang garang, ada warna kegemaran.. Pelbagai warna yang tercorak dalam kanvas kehidupan kita..

Lihatlah warna tersebut dari pelbagai sisi pandangan.. Pasti, ia suatu hasil yang indah dan ada cerita tersendiri.

Itulah kehidupan.

Kita tidak menjalani kehidupan secara plain. Satu warna. Kita hidup dengan pelbagai ceritera. Pelbagai warna. Suka, duka, ketawa, menangis, berani, takut, kecewa, positif, dan banyak lagi akan mengiringi kehidupan. Setiap seorang yang dalam hidup kita membawa warna tersendiri.

Positif, bersangka baik, redha.. Itu warna yang mencantikkan kanvas lukisan kehidupan kita. Biar datang warna-warna kusam berbentuk ujian, dugaan.. Ia tetap akan mengindahkan lukisan kehidupan jika kita bijak mewarnai lukisan dgn warna-warna kelembutan dan positif..

والله أعلم ..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 23 June 2012

post by: HAPPY MUSLIM HUSBAND & WIFE

HAPPY MUSLIM HUSBAND & WIFE wrote:

And what happens in our busy, stressful lives when one spouse tries to bring love and affection – a little romance – back into the picture? What is often the response?

"Honey, we have no time for all of that. I worked all day, I am tired. We aren't teenagers anymore. We're full-grown adults."

As if love and affection have an expiration date! As if once we get "too old", once we have children and responsibilities, there is no longer any time for such things.

The Qur'ân puts the lie to this idea. Allah says: "And from among His signs is that He created for you mates from among yourselves to take comfort with, and He placed between you love and mercy." [Sûrah al-Rûm: 30:21]

This verse shows us the enduring nature of the love that should exist between the husband and wife. When it speaks about love, it is not talking about those fleeting passions like we see in the movies, but about something substantial, something that is supposed to be woven into the very fabric of married life.

Please SHARE
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 22 June 2012

...Permulaan Tarbiyyah al-Aulad


..Bismillahirrahmanirrahim

Sabda Rasulullah saw: "Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarna dan mencorak'nnya, sama ada ia menjadi Yahudi, Majusi dan Nasrani" (HR Bukhari dan Muslim)

Pendidikan terhadap anak-anak bakal pewaris agama dan bangsa sebenarnya bukan bermula apabila lahirnya bayi yang comel itu bahkan ia tidak jugak bermula saat janin berada di dalam rahim si ibu. Tetapi, pendidikan itu bermula saat sebelum pernikahan antara bakal ibu dan bakal bapa berlangsung..

Benar, proses melahirkan generasi yang soleh dan cemerlang akhlaknya bermula daripada pemilihan pasangan yang soleh/solehah, pembentukan diri yang soleh/solehah.. InshaAllah, kesolehan dan kecemerlangan akhlak bakal diwarisi anakanda putera puteri agama :')

Perbanyak'n mempelajari ilmu yang mendekatkan kita kepada Sang Pencipta seterusnya m'amalkannya..

"Ilmu yang tidak diamalkan umpama pohon yang tidak berbuah"

Perbaiki Diri.. Hiasi Peribadi.. :')

والله أعلم :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

You Came To Me ; Sami Yusuf ft Siti NurHaliza (lirik)


VERSE 1

You came to me in that hour of need
When I was so lost, so lonely
You came to me took my breath away

Showed me the right way, the way to lead

BRIDGE 1

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want Is to be with you

You are my One True love
Taught me to never judge
Now all I want Is to be with you



Allahumma salli ‘ala sayyidina mustafa
‘ala habibika nabiika mustafa

CHORUS (x2)

VERSE 2

Dikau hadir kala kusedih
Sendirian dan hilang
Dikau hadir kala aku
Mendambarkan petunjuk jalan

BRIDGE 2

For you I’d sacrifice
For you I’d give my life
Anything, just to be with you

I feel so lost at times
By all the hurt and lies
Now all I want Is to be with you



Allahumma salli ‘ala sayyidina mustafa
‘ala habibika nabiika mustafa 

CHORUS (x2)

MIDDLE 8

Showed me right from wrong
Taught me to be strong
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH

Telah kau datang
Teranglah alam
Daju perlukanmu
Ya Rasul ALLAH

BRIDGE 3

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want is to be with you

You are my One True love
Taught me to never judge
Now all I want Is to be with you



Allahumma salli ‘ala sayyidina mustafa
‘ala habibika nabiika mustafa 

CHORUS (currently X2)



credit:
youtube
liriknasyid.com

Thursday 21 June 2012

Jodoh itu seperti Rezeki :')

..Bismillahirrahmanirrahim :)

Tentang Jodoh..

Benar jodoh kita telah tertulis sekian lama sebelum diciptakan apa yg ada dibumi.. Tetapi bukan maknanya kita tidak perlu mencari..

Mencari jodoh bukan semata-mata dengan cara pergi mengurat.. Adalah lebih molek kita usahakan dengan mensoleh atau mensolehahkan diri kita utk mendapat pasangan yang soleh/solehah.. :) bukankah Allah ada menyebut di dalam al-Quran surah an-Nur ayat ke 26.. Dpt disimpulkan bahawa;

"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.. Begitu juga sebaliknya.."

Allah dah bagi kan cara nak memcari jodoh? Jadi orang baik, nanti dapat orang baik. Mudah kan? Tapi perlu pada kekuatan hati, kecekalan jiwa, keikhlasan dan istiqomah.. Kembali kepada Allah dalam apa juga keadaan.. InshaAllah, setiap jiwa2 kita mampu.. :)

Kadang2 kita berjumpa dgn orang yang salah sebelum kita menemui cinta sejati.. Jangan pernah berhenti dari mencari 'teman seperjuangan' kita kerana jodoh itu umpama rezeki.. Berhenti mencari jodoh umpama berhenti mencari rezeki.. Semoga ia menjadi rezeki yang barakah dan menyenangkan..

Dalam mencari jodoh, sandarkan kebergantungan kepada Allah kerana Allah yang memegang hati-hati kita.. :) Istikharahlah, ia membantu.. :') Carilah dia yang mencintai Penciptanya, kelak dia dpt mencintai kita yg diciptakanNya..

والله أعلم .. :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 20 June 2012

..announcement?

..Bismillah..

Salam Subuh buat sahabat² semua..

inshaAllah, ana cuba menulis sesuatu untuk pengajaran kita bersama.. apa yang cuba ana kongsikan bersama kalian hanyalah tulisan ana yang tidak seberapa.. sekadar secebis ilmu Allah yang takkan pernah habis walau habis kering air di 7 lautan.. semoga ada manfaat bersama.. ana mohon teguran kalau ada kesilapan dalam penulisan ana..


"Siapa kita.. Jangan pernah berhenti merebut peluang menyebar dan berkongsi kebaikan.."

Tuesday 19 June 2012

..Buatmu Si Mawar Agama

..Bismillah

Wahai Mawar Agama,
Akhlak muliamu cerminan agama..
Bijakmu bagai pelita..
Tutur katamu memecah rasa..

Wahai Bidadari Dunia,
Cintamu hanya padaNya..
Rindmu buat RasulNya..
Kasihmu cuma pada keluarga..

*gambar hiasan : Oki Setiana di UKM 10 Jun 2012*

Wahai Kuntuman Mawar Syurga,
Harimu tidak lari dari zikrullah..
Siangmu engkaulah khalifah..
Melaksana tugas demi ummah..
Malammu engkaulah hamba Allah..
Merintih merayu hanya padaNya..

Wahai Penyejuk Hati Sanubari,
Mulia dirimu kerana ketaatanmu..
Mulia dirimu kerana akhlakmu..
Mulia dirimu kerana ilmumu..
Mulia dirimu kerana agungnya Islam dalam hatimu..

Muslimah Solehah,
Hatimu terpelihara..
Auratmu kau jaga..
Ilmu engkau kembara..

"Dunia ini perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tentang Takdir..

4 bentuk takdir yg ditulis oleh Allah utk manusia ; secara azali, 'umri, hauli, dan yaumi. #takdir

#takdir azali-Ditulis 50 ribu tahun sebelum Dicipta Langit & Bumi

#takdir 'umri (sekali umur)-setiap org lain2 (4 bentuk: Rezeki, amalnya syurga atau neraka, ajalnya & apakah bakal bahagia atau sebaliknya)

#takdir hauli (Cukup Setahun)- Takdir di'rivise' setiap tahun, iaitu b'laku smsa Lailah Al-Qadr, seseorng dilihat 'performance'nya.

#takdir yaumi - apa yg berlaku setiap hari.

Umat dahulu bila ingin beriman, mrka ingin melihat prkra pelik2 (cth: meminta unta keluar dr batu waktu Nabi Soleh) tetapi umat akhir zmn ini tidak. Krn Allah jadikan umat akhir zmn beriman berdasarkan pemikiran minda/perbincngn ilmiah menerusi hujah al-Quran dan Sunnah. ☺

As a muslim, percaya kepada qadha' dan qadar Allah itu salah satu rukun iman. Percayalah Allah tidak akan m'takdir'n sesuatu yg sia2 utk kita.. Hidup kita ada pilihan. Memilih iman atau mengikut nafsu. Mencari ilmu atau terus jahil. Melaksana kebaikan atau mengejar keburukan..

Berusaha menjadi yg terbaik dan berdoa agar Allah memberi yg terbaik. Muslim, itu kita!

والله أعلم ..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 17 June 2012

Bernikahlah..


..Bismillah

  • “Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”.
Surah An-Nur: 32

  • "Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”.
Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas

  • “Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.
Surah An-Nur : 30

  • “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”.
- Surah Al-Isra : 32

  • “Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”.
Surah Yasin : 36

  • “Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi”.
Surah Az-Zukhruf : 12



  • “Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang”.
Surah Ar-Rum : 21

  • Abdullah Ibnu Mas’ud pernah berkata : “Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang ku sukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang”.

  • Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda : “Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”.
-  Riwayat Ibnu Majah.

  • Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”.
Riwayat Abu Mansur Al-Dailami

Dakwah. Tugas Siapa?

..Bismillah

"Kau nk jadi ustaz/ustazah eh dok cakap-cakap pasal agama ni?"

"Kau tu bukan ulama'.. Tak payah nak berceramah mcm bagus sangat!"

"Wah.. Sejak bila kau jadi alim ni nk dakwah-dakwah ni?"

3 ayat di atas contoh yg sering ana dengar atau ana baca bila seseorang cuba menyampaikan kebaikan.

Adakah kita telah setkan bahawa tugas berdakwah itu hanya kerjaya seorg ustaz/ustazah atau ulama'? Betulkan jika ya. Setiap muslim berhak utk menyampaikan kebaikan.

Sabda Nabi saw: "Sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat" (HR Bukhari)

Nyatalah tugas berdakwah tidak hanya dipikul oleh golongan 'Agamawan' tetapi setiap muslim mempunyai peranan masing-masing dalam berdakwah. Nah, saudaraku.. Betulkan kembali, dakwah itu hak milik individu setiap muslim.

Namun, methode dakwah yg digunakan perlu betul. Gunalah kebijaksanaan dalam menyebarkan agama Allah.. Letak'n diri kita sebagai penerima dakwah.. Dan inshaAllah.. Kita boleh menyampaikan dakwah dengan baik.

Jalan dakwah itu penuh cabaran. Dan tidak mudah. Sedangkan Nabi saw yang mulia itu dihina, dikeji ketika menyampaikan risalah agung, inikan kita.. Hamba yg ada melakukan kesalahan dan kesilapan.. Tetapi jgn pernah berhenti.. Teruskan! Hidayah itu hak Allah.. Kita hanya berusaha mencarinya.. Tak mudah namun tak susah andai Allah dan redhaNya adalah matlamat kita dalam menyebar bahagia. :)

والله أعلم

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kerana Allah Cinta!

..Bismillah

Ujian. Itu lumrah kehidupan bagi dia yang bernama manusia. Ujian sering dianggap berat mengikut nilaian individu. Tapi lupakah kita bahawa Allah tidak akan membebani manusia akan sesuatu yang tidak kita mampu?! Nah, itu bukti cinta Allah kepada kita..

Sungguh Allah itu cinta akan hambaNya. Dia yg memberi ujian, Dia jugalah yg memberi jalan keluar. Maha Suci Allah yg mempunyai segala kuasa.

Kembali kepadaNya, serahkan urusan kepadaNya, Allah tahu apa yg terbaik utk kita. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah. Allah itu ada dalam sangkaan kita.

Mintalah agar hidup kita diberi kekuatan agar dpt menempuhi mehnah dan tribulasi sepangjang bergelar makhluk dan khalifah di atas muka bumi ini. Kerapkan melafaz kalimah syukur atas kurniaanNya agar tidak kita menjadi mereka2 yg sering kufur nikmat yg diberikan..

والله أعلم

سُبْحَانَ اللّهِ ، والْحَمْدُللّهِ ، وَ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ ، وَ اللّهُ اَكْبَرُ ، وَ لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pujangga Cinta

..Bismillah

Sekadar nukilan buat bakal suamiku..

Duhai bakal imamku,
Apa khabar dirimu?
Apa khabar imanmu?
Semoga enta berada jagaan Ilahi sentiasa..

Duhai bakal imamku,
Ketahuilah enta bahawa hati ini..
Sedang menanti waktu kehadiranmu..
Menanti saat enta berjabat dgn waliku..
Menanti detik tautan hati kita bersatu..

Duhai bakal imamku,
Kumohon tautan cinta kita keranaNya..
Agar mahligai kita dalam barakahNya..
Sebagaimana impian kita bertemu dalam redhaNya..

Duhai bakal imamku,
Ingat bila aku terlupa..
Bimbing aku meraih syurgaNya..
Bantu aku melengkapi agama..
Pimpin aku meraih cintaNya..

Salam cinta penuh kasih,
Sang Bidadari Cintamu..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 10 June 2012

Final Exam.. After A Year..

Minggu final exam telah kembali! Selamat menempuhi imtihan akhir rakan-rakan..

Setelah kamu berusaha, bertawakallah kamu kepadaNya.. :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 8 June 2012

Bijaklah Mengawal Nafsu..

Ibn Athaillah berkata "Induk segala maksiat,syahwat dan kelalaian adalah redha t'hdp nafsu.. Sedangkan sumber ketaatan terpelihara dari syahwat dan bergegas pada taat adalah tidak redha pada nafsu"

:)
Semoga ada manfaat bersama :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 7 June 2012

...

..Cinta itu cahaya sanubari,
Kurniaan Tuhan fitrah insani,
Dan dimana terciptanya cinta,
Disitu rindu bermula..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.