Wednesday 30 January 2013

Tuesday 22 January 2013

Rabbi Yassir :)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..

Ya Allah, jika dia benar untukku..
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku..
Jika dia bukan untukku..
Damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu..

Permudahkan segala urusan kami bersatu utk meraih redha dan maghfirahMu, ya Allah.. Jika Engkau m'kehendaki kami bersatu.. Dan gantikan kami dgn sesuatu yg lebih baik jika Engkau mentakdirkan kami tidak bersatu..

:')

والله أعلم .
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 13 January 2013

Page x of xxx

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

#throwback 2012.

2012, Tahun yang saya kira begitu mencabar. Break up, sambung master, back to nature, jumpa 'hot' people dan banyak lagi.

Manusia mana tidak pernah diuji? Ujian Allah itu tidak hanya dalam bentuk kesusahan, bencana, kematian dll. Kesenangan, gembira juga ujian.. Cuma beza kita adalah cara kita menghadapi ujian. Dengan hati yang tabah atau jiwa yang dipenuhi amarah. Itu beza.. :')

2012 memang satu tahun yang saya gelarkan sebagai tahun airmata, mungkin? Letih dgn kecewa cinta manusia, lelah dipertengahan perjuangan hidup seorang bakal sarjana, kecewa dengan persahabatan.. Dan banyak lagi.. Hidup tak semudah yang kita bayangkan. Tetapi tidak juga sepayah yang kita sangkakan.. Terpulang bagaimana kita m'hadapi hidup kita.. :)

Benar, segala yang telah terjadi adalah suratan takdir. Tetapi itu bukan alasan sebagai seorang khalifah yg diberi akal dan diberi panduan yg jelas untuk tidak berusaha. Takdir itu atas apa yg kita usahakan dan kebergantungan kita. Simple! Jadi baik utk dpt yg baik dan terima yang tidak baik kalau kita pilih jalan yang tak baik..

Analogi yang mudah.. Sepinggan nasi dihadapan kita.. Jika tiada usaha menyuap dan menguyah/menelan atau secara mudahnya makan nasi itu, adakah kita akan kenyang? Sampai basi nasi tu pun kita takkan kenyang.. Mahu kenyang, makan! Mahu berjaya, usaha..

*oh, jauh menyimpang dr throwback :D*

Semoga 2013 menjadikan kita hamba yang lebih dicintai oleh Rabbnya. Menjadikan kita hamba yg taqarrub kepada Penciptanya. Hadapi hari mendatang dengan meyakini bahawa Allah sentiasa ada dalam setiap derai airmata dalam setiap gelak tawa.. Allah ada.. Sentiasa ada.. :')

Wallahu a'lam :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.