Saturday 14 July 2012

..Tentang Ujian dan Hikmahnya :)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ..

Alhamdulillah atas kesempatan yang Allah berikan kepada ana utk menulis dan kpd antum utk membaca penulisan ana.. :')

Ana cuba berkongsi dengan kalian tentang satu perkara yang sebenarnya ana tak mampu ungkapkan dengan kata-kata.. Yang mampu ana katakan, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar..

Hidup tanpa ujian adalah kosong. Mukmin itu diuji utk Allah tahu kita ditahap yang mana. Dan ujian ini pelbagai. Hanya orang-orang yang kuat dan redha akan tersenyum menerima mehnah dan tribulasi kerana pandangan mereka tentang ujian sarat dgn hikmah dan kasih sayang Allah..

Bila datangnya ujian, senyumlah.. Allah itu sedang berbicara denganmu, sahabat.. Allah berbicara tentang SABAR, REDHA, BERSANGKA BAIK. Janji Allah itu pasti! Yakinlah dengan takdir yang ditentukan Allah..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment