Wednesday 11 July 2012

Putaran Kehidupan.

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ..

Alhamdulillah, Allah beri kesempatan utk bernafas dan melihat keindahan dunia. Hari ini pasti satu lagi lukisan tergambar di atas kanvas kehidupan kita.

10 hari lagi menjelang Ramadhan. Allah, hati berdebaran menanti ramadhan. Ramadhan Kareem.. Allahu Akram.. Semoga Allah beri kita kesempatan utk mentarbiyyah diri dalam universiti Ramadhan..

Hari ini, ana cuba kongsikan sedikit catatan perjalanan hidup ana.. Life is like merry-go-round, smtimes kita di atas dan ada masa kita di bawah.. Itu norma kehidupan.. Cuma yg m'bezakannya ialah kelajuan putaran.. Lambat atau cepat. Tenang atau ada angin kencang bertiup.

Ana tak pasti adakah ana pernah tiba dikemuncak.. Tetapi ana pernah berada di bawah.. Dari tempat tinggi ana terhempas ke bawah. Tapi di situ bermula.. Ana kenal bahawa kita ini hanyalah manusia biasa yang tiada daya tanpa bantuan Allah..

Just go with e flow, usaha menjadi terbaik utk mendapat yg terbaik.. The rest, put ur trust and hope to Him.. Redha, yakin dan bersangka baik dengan takdir Allah, dan berbahagialah. Itu hakikat sebuah kebahagiaan bila hati menjadi tenang..

Ana banyak belajar dari benda lepas.. Inilah kehidupan.. Ana percaya, tidak sesuatu itu terjadi tanpa ada sebab dan disebaliknya terkandung hikmah.. Pandang dengan pandangan positif.. Pandang dengan kaca mata hikmah.. Dan percayalah, ada pelangi selepas hujan..

Ujian itu tanda tarbiyyah.. Ujian itu tanda rindunya Allah kepada kita.. Bersangka baik dengan Allah, kerana Allah itu ada dalam sangkaan kita..

والله أعلم ..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment