Saturday 30 June 2012

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..

Sekadar coretan dipagi hari..

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah kerana dengan izinNya, masih ana mampu utk menulis walau dengan seayat.

Baru-baru ini, sahabat ana ada menyatakan.. 'Manusia itu pasti melakukan kesilapan pada masa lalu, bezanya kecil atau besar kesilapan tersebut, kemahuan mahu bertaubat kerana kesilapan tersebut..' Hakikat yang bernama manusia, insan itu alpa. Perlu kepada peringatan dan peringatan dan peringatan.

Allah menyebut di dalam surah al-'asr. Intipati ayat menyatakan, 'Demi masa, sesungguhnya manusia itu kerugian. Kecuali bagi yang beriman dan beramal soleh. Serta mereka yang berpesan2 dgn kebenaran dan dgn kesabaran.' Allah menyatakan kealpaan manusia perlu dineutralkan dengan pesanan terhadap kebenaran.

Berbalik kepada pernyataan sahabat ana.. Benarlah, masa lalu telah pergi. Masa lalu adalah perkara paling jauh bagi kita. Siapa kita hari lalu, tidak menjamin siapa kita akan datang. Hidayah itu milik Allah. Allah memberi kepada sesiapa yang Allah kehendaki.

Lihat sahaja Abi Talib bapa saudara Nabi saw yg menjadi tulang belakang tatkala Islam mula bertebaran.. Tetapi diakhir hayatnya, Abi Talib pergi sebagai kafir. Dan lihat bagaimana Umar al-Khattab yang keras hatinya menjadi selembut-lembut manusia tatkala hatinya disapa Nur dar Allah.. Jelas disini, Hidayah itu milik Allah, dan hanya mereka yang terpilih akan menikmati kemanisannya.

*sebenarnya niat ana nak tulis lain. Tapi Allah izinkan ini yang tertulis, maka ini yang ana kongsikan bersama antum.*

والله أعلم ..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment