Sunday 24 June 2012

..Warna Warni Kehidupan

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ..

Alhamdulillah atas limpah kurniaNya, hari ini masih lagi kita mampu melihat keindahan alam ciptaan Allah yang Maha Esa.. :') Jangan pernah berhenti bersyukur kerana pada saat kita tersenyum, ada yang sedang berduka, dan pada saat kita berduka ada yang telah tiada..

Tentang Warna.

Hidup ini seperti warna-warna.. Ada warna yang cantik, ada warna yang kusam, ada warna yang lembut, ada warna yang garang, ada warna kegemaran.. Pelbagai warna yang tercorak dalam kanvas kehidupan kita..

Lihatlah warna tersebut dari pelbagai sisi pandangan.. Pasti, ia suatu hasil yang indah dan ada cerita tersendiri.

Itulah kehidupan.

Kita tidak menjalani kehidupan secara plain. Satu warna. Kita hidup dengan pelbagai ceritera. Pelbagai warna. Suka, duka, ketawa, menangis, berani, takut, kecewa, positif, dan banyak lagi akan mengiringi kehidupan. Setiap seorang yang dalam hidup kita membawa warna tersendiri.

Positif, bersangka baik, redha.. Itu warna yang mencantikkan kanvas lukisan kehidupan kita. Biar datang warna-warna kusam berbentuk ujian, dugaan.. Ia tetap akan mengindahkan lukisan kehidupan jika kita bijak mewarnai lukisan dgn warna-warna kelembutan dan positif..

والله أعلم ..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment