Sunday 17 June 2012

Dakwah. Tugas Siapa?

..Bismillah

"Kau nk jadi ustaz/ustazah eh dok cakap-cakap pasal agama ni?"

"Kau tu bukan ulama'.. Tak payah nak berceramah mcm bagus sangat!"

"Wah.. Sejak bila kau jadi alim ni nk dakwah-dakwah ni?"

3 ayat di atas contoh yg sering ana dengar atau ana baca bila seseorang cuba menyampaikan kebaikan.

Adakah kita telah setkan bahawa tugas berdakwah itu hanya kerjaya seorg ustaz/ustazah atau ulama'? Betulkan jika ya. Setiap muslim berhak utk menyampaikan kebaikan.

Sabda Nabi saw: "Sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat" (HR Bukhari)

Nyatalah tugas berdakwah tidak hanya dipikul oleh golongan 'Agamawan' tetapi setiap muslim mempunyai peranan masing-masing dalam berdakwah. Nah, saudaraku.. Betulkan kembali, dakwah itu hak milik individu setiap muslim.

Namun, methode dakwah yg digunakan perlu betul. Gunalah kebijaksanaan dalam menyebarkan agama Allah.. Letak'n diri kita sebagai penerima dakwah.. Dan inshaAllah.. Kita boleh menyampaikan dakwah dengan baik.

Jalan dakwah itu penuh cabaran. Dan tidak mudah. Sedangkan Nabi saw yang mulia itu dihina, dikeji ketika menyampaikan risalah agung, inikan kita.. Hamba yg ada melakukan kesalahan dan kesilapan.. Tetapi jgn pernah berhenti.. Teruskan! Hidayah itu hak Allah.. Kita hanya berusaha mencarinya.. Tak mudah namun tak susah andai Allah dan redhaNya adalah matlamat kita dalam menyebar bahagia. :)

والله أعلم

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment