Sunday 17 June 2012

Pujangga Cinta

..Bismillah

Sekadar nukilan buat bakal suamiku..

Duhai bakal imamku,
Apa khabar dirimu?
Apa khabar imanmu?
Semoga enta berada jagaan Ilahi sentiasa..

Duhai bakal imamku,
Ketahuilah enta bahawa hati ini..
Sedang menanti waktu kehadiranmu..
Menanti saat enta berjabat dgn waliku..
Menanti detik tautan hati kita bersatu..

Duhai bakal imamku,
Kumohon tautan cinta kita keranaNya..
Agar mahligai kita dalam barakahNya..
Sebagaimana impian kita bertemu dalam redhaNya..

Duhai bakal imamku,
Ingat bila aku terlupa..
Bimbing aku meraih syurgaNya..
Bantu aku melengkapi agama..
Pimpin aku meraih cintaNya..

Salam cinta penuh kasih,
Sang Bidadari Cintamu..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment: