Thursday 21 June 2012

Jodoh itu seperti Rezeki :')

..Bismillahirrahmanirrahim :)

Tentang Jodoh..

Benar jodoh kita telah tertulis sekian lama sebelum diciptakan apa yg ada dibumi.. Tetapi bukan maknanya kita tidak perlu mencari..

Mencari jodoh bukan semata-mata dengan cara pergi mengurat.. Adalah lebih molek kita usahakan dengan mensoleh atau mensolehahkan diri kita utk mendapat pasangan yang soleh/solehah.. :) bukankah Allah ada menyebut di dalam al-Quran surah an-Nur ayat ke 26.. Dpt disimpulkan bahawa;

"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.. Begitu juga sebaliknya.."

Allah dah bagi kan cara nak memcari jodoh? Jadi orang baik, nanti dapat orang baik. Mudah kan? Tapi perlu pada kekuatan hati, kecekalan jiwa, keikhlasan dan istiqomah.. Kembali kepada Allah dalam apa juga keadaan.. InshaAllah, setiap jiwa2 kita mampu.. :)

Kadang2 kita berjumpa dgn orang yang salah sebelum kita menemui cinta sejati.. Jangan pernah berhenti dari mencari 'teman seperjuangan' kita kerana jodoh itu umpama rezeki.. Berhenti mencari jodoh umpama berhenti mencari rezeki.. Semoga ia menjadi rezeki yang barakah dan menyenangkan..

Dalam mencari jodoh, sandarkan kebergantungan kepada Allah kerana Allah yang memegang hati-hati kita.. :) Istikharahlah, ia membantu.. :') Carilah dia yang mencintai Penciptanya, kelak dia dpt mencintai kita yg diciptakanNya..

والله أعلم .. :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments: